Pendaftaran Online Pekerja Asing Tanpa Dokumen Bermula Februari, Kata Timbalan Perdana Menteri
2020-21 Recalibration / Rehiring Program News
Read here 👉 PATI Rehiring / Recalibration Program 非法外劳重聘 / 漂白计划 2020
Pekerja asing yang masih berada di Malaysia tanpa dokumen yang sah kini diberi peluang untuk mendaftar secara atas talian bagi membolehkan mereka mendapatkan dokumen sah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Important Notice: E-Kad (E-card) is official closed on 30th June, 2017 and there is no more extension. Right now can only register for Rehiring program and legalise your workers.
Rehiring Program is for those who fulfilled the following requirement:
- Age between 18 – 44
- Posses Valid Passport For 2 years
- Posses Valid Entry Record, last entry/arrival date before 1st March 2016, if your workers arrived after this date, please contact us for more info
- Former / expired work permit (general & professional) under another company
- Former / expired student visa permit
- No Blacklisted record
- No “Lari majikan” report / Run away from employer record
- No Fomema (medical) unfit record
You can register for Rehiring program and get the Rehiring certificate in one (1) week time. Your workers can start work as soon as gotten rehiring certificate.
Contact us at +6019-355 6680 (Steve), +6017-6688 332 (Mang) to find out how.
Zahid berkata, melalui program itu, kira-kira 2 juta pekerja asing yang tidak memiliki dokumen selepas tamat tempoh penggajian mereka akan mendaftar tanpa melalui ejen.
“Kita menjangkakan kira-kira 2 juta pekerja asing tidak berdokumen, majikan juga memohon kerajaan supaya pekerja ini diberi peluang untuk terus bekerja.
“Mereka (majikan) nyatakan kesanggupan untuk memohon secara rasmi kepada kerajaan. Maka KDN memutuskan untuk melakukan permohonan ini dan majikan boleh mohon terus secara atas talian tanpa melalui ejen pekerja asing,” katanya.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, pihaknya dimaklumkan pihak majikan, apabila permohonan mereka diserahkan kepada ejen, ia tidak dibawa kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Terbaru: Pekerja asing yang masih berada di Malaysia tanpa dokumen boleh dafter e-kad / e-card sekarang. Baca Program E-Kad Sementara Pekerja Asing – FAQs & Program Rehiring FAQs
Right now you can apply new quota for Bangladesh foreign workers and other source of country (Negara sumber)
“Masalah yang timbul ialah ada majikan beritahu KDN permohonan diberikan kepada ejen.
“Ada ejen ambil wang perkhidmatan tapi tidak mendaftar pekerja dan mereka melampaui tempoh sah laku,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di Putrajaya, hari ini.
Zahid berkata, perbuatan itu menyebabkan kerajaan tidak memperolehi kutipan levi.
“Pada waktu sama levi juga tidak dibayar kepada kerajaan. Oleh itu kerajaan rasa terpanggil untuk membantu majikan bagi melakukan sistem ini secara atas talian,” katanya.
Program itu akan bermula pada 15 Februari ini dengan tempoh percubaan 3 bulan pertama dilaksanakan di seluruh negara.
Jika majikan masih gagal mendaftar pekerja asing mereka, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan.
“Kalau masih gagal mendaftar, penguatkuasaan Jabatan Imigresen dan PDRM akan dilakukan sebelum pekerja asing dihantar pulang,” katanya.
Zahid berkata, program itu dilaksanakan secara percuma.
“Akan ada bayaran untuk levi mengikut sektor masing-masing, tetapi tiada bayaran atau denda untuk program ini,” katanya.
Katanya, berhubung isu kenaikan levi pekerja asing, Putrajaya akan meneliti aspek tertentu, termasuk kadar dan tempoh.
Sementara itu, dalam ucapannya, Zahid berkata hasil kutipan levi kepada pekerja asing juga akan memberikan tambahan pendapatan sebanyak RM4 bilion untuk kerajaan.
“Melalui levi ini, kita mampu mengutip RM4 bilion untuk kantung negara, ini sumbangan KDN untuk rakyat,” katanya. – 5 Februari, 2016.
Sumber berita: The Malaysian Insider Website
Memohon KDN Approval Foreign Workers
Pendaftaran Online Pekerja Asing Tanpa Dokumen (PATI) program telah buka pada bulan Februari 2016. Untuk sebarang ketanyaan, sila isikan borong pertanyaan di bawah ini dan kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin.
Featured info: Safety Glass Film