Soalan – soalan Lazim Program Rekalibrasi Tenaga Kerja

faqs-rehiring-recalibrarion-program-2020

Soalan – soalan Lazim Program Rekalibrasi Tenaga Kerja

Malaysia Government has announced Recalibration program 2.0, please read the latest info here: 
👉 FAQs’ For Recalibration Program (RTK 2.0) 2023

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (2023), sila baca maklumat terkini di sini:
👉Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (2023)

马来西亚政府宣布重新校准计划 2.0,请在这里阅读最新信息:
👉 重置劳工计划2.0常见问题

PENGENALAN

Apakah itu Program Rekalibrasi Tenaga Kerja?

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja merupakan suatu program khas untuk meregularisasikan PATI di negara ini sebagai pekerja asing yang sah digajikan oleh majikan yang layak tertakluk kepada syarat-syarat ketat yang diputuskan oleh Kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Siapakah yang layak menyertai Program ini?

  • Hanya majikan daripada sektor perkilangan, pembinaan, pertanian dan perladangan SAHAJA;
  • Tertakluk kepada kuota yang diluluskan oleh JTKSM;
  • Pematuhan kepada syarat-syarat penggajian pekerja asing sedia ada seperti bayaran levi, kelayakan pas dan sebagainya; DAN
  • Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam.

KELAYAKAN PATI

Terbuka kepada warga asing seperti berikut:

  • Pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS), Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) termasuk Pembantu Rumah Asing yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63 pada atau sebelum 31 Disember 2020;
  • Pemegang PLKS yang melakukan kesalahan melanggar syarat pas di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang pasnya masih sah pada atau sebelum 31 Disember 2020.
  • Bukan pemegang PLKS yang dilaporkan lari daripada majikan;
  • Hanya daripada 15 negara sumber SAHAJA (Thailand, Kemboja, Nepal, Myanmar, Laos, Vietnam, Filipina, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, Turksmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan, India dan Indonesia);
  • Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam;
  • Mempunyai dokumen perjalanan negara asal yang masih sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan; DAN
  • Mempunyai slip keputusan negatif bagi ujian COVID-19 yang dibuat dalam tempoh tiga (3) hari sebelum tarikh janji temu.

Berapakah kos yang perlu dibayar bagi program ini?

Deposit: RM 500.00 setiap pekerja asing

Kompaun: RM 1,500.00 setiap pekerja asing

Lain-lain bayaran:

  • Insuran
  • Pemeriksaan FOMEMA ;
  • Levi;
  • Pemprosesan;
  • PLKS; dan
  • Visa

Kaedah pembayaran adalah secara kad kredit dan kad debit SAHAJA. Pembayaran secara TUNAI tidak diterima.

Bilakah jangka masa / tempoh Program ini dilaksanakan?

Program ini dilaksanakan mulai 16 November 2020 sehingga 30 Jun 2021 31 Dis 2021.

Adakah program ini melibatkan vendor atau pihak ketiga?

Program ini dijalankan sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) / Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) tanpa penglibatan vendor atau pihak ketiga.

Pemohon juga perlu melayari laman web Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) bagi mendapatkan maklumat berkenaan urusan-urusan di bawah jabatan tersebut termasuk kuota pekerja asing yang dipohon. Majikan diminta untuk terus memohon kuota di JTKSM tanpa perlu menunggu tarikh janji temu di JIM diperolehi.

Tarikh Kemaskini : 14 November 2020

English: PATI Recalibration Program Frequently Asked Questions

中文: 非法外劳重聘 / 漂白计划常见问题

Malaysia Foreign Workers Rehiring is launching soon started from 16 November 2020, please fill up the form below and we will notify you when the program is available. You have missed 6P program in 2011 and rehiring program in 2014, this could be your last time to legalised your foreign workers. Don’t miss this opportunity!

Malaysia Foreign Workers Program Recalibration 2.0

Enquiry Form For Malaysia Foreign Workers Program Recalibration 2.0
  • Tell us which industry are you from?
  • Please stated what kind of products & services you are dealing with. ie Manufacturing - Food.
  • Please enter a value between 1 and 999.
    How many foreign workers working in your organization currently?
  • Please enter a value between 1 and 999.
    How many foreign workers working in your organization currently want to register for rehiring program?
  • If you are a foreign workers, tell us which country are you from.
    If you are Malaysian employers, please stated your workers' country origin.
  • Please write down the requirements, issue and problem (if any) you encountered and would like to seek professional opinions from us.
    Tell us how do you found us and our website.
  • Please let us know the convenience time to contact you to discuss further.

Share this post