Kadar RM1,500 Fi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0 2023) Kekal

rtk-2-2023

Kadar RM1,500 Fi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0 2023) Kekal

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak berhasrat untuk menyemak semula kadar bayaran atau fi bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang mana permohonan mula dibuka hari ini.

Menteri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata buat masa ini, kadar bayaran fi rekalibrasi yang ditetapkan kekal dan tidak berubah.

Katanya, program sama yang dilancarkan tahun lalu menyumbang RM700 juta kepada pendapatan kerajaan.

“Setakat dimaklumkan oleh Jabatan Imigresen (JIM), program itu berjalan lancar seperti yang dihasratkan. Buat masa ini, kita tidak melihat sebarang lonjakan masalah besar berhubung dasar pelaksanaan program itu,” katanya selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2023 KDN, hari ini.

Data berkenaan program itu akan dikumpulkan minggu depan selain perkembangan program akan turut dimaklum kepada Jemaah Menteri.

Saifuddin berkata, menerusi program itu, majikan juga boleh menjimatkan kos dari segi latihan pekerja kerana sumber pekerja asing itu sudah ada dalam negara.

Sebelum ini, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan menyemak kembali fi rekalibrasi sebanyak RM1,500 yang ditetapkan bagi setiap pekerja menyertai program itu.

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 yang dibuka untuk permohonan bermula hari ini hingga 31 Disember depan.

Sektor pekerjaan yang terbabit bagi program itu termasuk perkilangan, pembinaan, perlombongan dan kuari, pengawal keselamatan, perkhidmatan, pertanian dan perladangan serta pembantu rumah asing (PRA).

Sebagai contoh, majikan yang memohon untuk mendapatkan PRA dikehendaki membayar sejumlah RM2,095 iaitu jauh lebih murah berbanding mendapatkannya sendiri dari negara sumber.

Bayaran itu termasuk RM1,500 bagi fi rekalibrasi, levi (RM410), Pas Lawatan Kerja Sementara (RM50) dan caj pemprosesan (RM125).

Sumber Berita & Gambar: Kadar RM1,500 fi program rekalibrasi kekal

Malaysia Government has announced Recalibration program 2.0, please read the latest info here: 
👉 FAQs’ For Recalibration Program (RTK 2.0) 2023

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (2023), sila baca maklumat terkini di sini:
👉Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (2023)

马来西亚政府宣布重新校准计划 2.0,请在这里阅读最新信息:
👉 重置劳工计划2.0常见问题

Jika anda mempunyai pekerja PATI yang berminat untuk meregularisasikan sekarang, sila tinggalkan butiran anda di bawah, kami akan menghubungi anda untuk membincangkan lebih lanjut.

Malaysia Foreign Workers Program Recalibration 2.0

Enquiry Form For Malaysia Foreign Workers Program Recalibration 2.0
  • Tell us which industry are you from?
  • Please stated what kind of products & services you are dealing with. ie Manufacturing - Food.
  • Please enter a value between 1 and 999.
    How many foreign workers working in your organization currently?
  • Please enter a value between 1 and 999.
    How many foreign workers working in your organization currently want to register for rehiring program?
  • If you are a foreign workers, tell us which country are you from.
    If you are Malaysian employers, please stated your workers' country origin.
  • Please write down the requirements, issue and problem (if any) you encountered and would like to seek professional opinions from us.
    Tell us how do you found us and our website.
  • Please let us know the convenience time to contact you to discuss further.

Share this post