PATI Boleh Jadi Pembantu Rumah Melalui Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0 2023)

program-rtk-2.0

PATI Boleh Jadi Pembantu Rumah Melalui Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0 2023)

Pengambilan pekerja asing tanpa izin (PATI) yang sedia berada dalam negara sebagai pembantu rumah, menjadi sektor baharu dibenarkan dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0, yang akan dibuka semula 27 Januari 2023.

Ia menjadikan keseluruhan lapan sektor dibenarkan dalam lanjutan program itu yang akan berakhir pada 31 Disember 2023. Tujuh sektor lain ialah perkilangan, pembinaan, perlombongan, kuari, pengawal keselamatan, perkhidmatan, pertanian dan perladangan.

Tawaran rekalibrasi membabitkan lapan sektor itu terbuka kepada semua pekerja asing yang tiada dokumen lengkap termasuk PATI yang langsung tiada dokumen. RTK 2.0 mengenakan syarat lebih fleksibel, namun tidak mengetepikan elemen keselamatan dalam negara.

Pada 10 Januari lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju sektor perkhidmatan khususnya pembantu rumah yang tinggal di Malaysia melebihi tempoh ditetapkan, boleh disambung pas kerja mereka untuk terus berkhidmat melalui RTK 2.0.

Pada sesi taklimat media mengenai RTK 2.0 hari ini, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, berkata terdapat sembilan negara sumber bagi pembantu rumah asing, iaitu Thailand, Kemboja, Nepal, Laos, Vietnam, Filipina, Sri Lanka, India dan Indonesia.

“Sektor pembantu rumah asing ialah sektor baharu yang ditambah, menjadikan lapan sektor dibenarkan bagi proses pengambilan pekerja asing dalam RTK 2.0. Sektor lain ialah perkilangan, pembinaan, perlombongan dan kuari, pengawal keselamatan, perkhidmatan, pertanian serta perladangan,” katanya.

Beliau memaklumkan, lima sektor yang masih dibekukan dan tidak dibenarkan mengambil pekerja asing melalui program berkenaan ialah perniagaan tekstil, tukang emas, tukang gunting rambut, rumah kebajikan dan kitar semula.

Katanya, mereka yang layak diambil bekerja oleh majikan melalui RTK 2.0 termasuk yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 pada atau sebelum 31 Disember 2022.

Majikan boleh mendaftar untuk tarikh janji temu serta perlu hadir bersama jumlah PATI yang disenaraikan di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya atau cawangan negeri.

“Semua PATI perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dengan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) bagi memastikan mereka sihat dan dapat bekerja dalam sektor masing-masing.

“Sekiranya gagal pemeriksaan kesihatan, mereka perlu dihantar pulang ke negara asal. Kelulusan akan diberikan dalam masa sehari dan selepas itu, majikan perlu membuat bayaran secara dalam talian,” katanya.

Beliau memaklumkan, fi kalibrasi yang dikenakan adalah sebanyak RM1,500, selain bayaran levi yang berbeza mengikut sektor dengan perladangan dan perkhidmatan membabitkan RM649, manakala pembantu rumah asing sebanyak RM410.

“Sektor perkilangan, pembinaan, perlombongan, pengawal keselamatan dan perkhidmatan dikenakan levi RM1,850. Selepas semua bayaran dibuat majikan akan menerima stiker Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

“Proses kelulusan akan diberikan dalam jangka masa sehari dan selepas itu majikan perlu membuat bayaran secara dalam talian,” katanya.

Beliau turut mengingatkan, majikan tidak boleh memegang pasport atau dokumen rakyat asing dan jika didapati menyimpan dokumen itu dalam jumlah yang banyak, ia adalah kesalahan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Katanya lagi, jabatan berkenaan juga tidak melantik mana-mana pihak atau ejen bagi menguruskan permohonan RTK 2.0 dan jika ada pihak mendakwa demikian, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka.

“Majikan disaran berurusan dengan Jabatan Imigresen kerana proses RTK 2.0 mudah,” katanya.

Terdahulu pada 10 Januari lalu, Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melaksanakan semula Program RTK dan mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja asing.

Saifuddin Nasution dilaporkan berkata, RTK yang tamat 31 Disember lalu diteruskan selama setahun lagi kerana ia mampu menyediakan peluang tenaga kerja asing yang sedia ada dalam negara.

Program itu diwujudkan sebelum ini bagi menjadikan PATI yang ada di negara ini sebagai pekerja asing sah dan digajikan majikan yang layak untuk mengisi kekosongan dalam sektor pekerjaan, khususnya ‘3D’, iaitu kotor (dirty), bahaya (dangerous) dan sukar (difficult) akan terisi.

Sumber Berita & Gambar: PATI boleh jadi pembantu rumah melalui Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0

Malaysia Government has announced Recalibration program 2.0, please read the latest info here: 
👉 FAQs’ For Recalibration Program (RTK 2.0) 2023

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (2023), sila baca maklumat terkini di sini:
👉Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (2023)

马来西亚政府宣布重新校准计划 2.0,请在这里阅读最新信息:
👉 重置劳工计划2.0常见问题

Jika anda mempunyai pekerja PATI yang berminat untuk meregularisasikan sekarang, sila tinggalkan butiran anda di bawah, kami akan menghubungi anda untuk membincangkan lebih lanjut.

Malaysia Foreign Workers Program Recalibration 2.0

Enquiry Form For Malaysia Foreign Workers Program Recalibration 2.0
  • Tell us which industry are you from?
  • Please stated what kind of products & services you are dealing with. ie Manufacturing - Food.
  • Please enter a value between 1 and 999.
    How many foreign workers working in your organization currently?
  • Please enter a value between 1 and 999.
    How many foreign workers working in your organization currently want to register for rehiring program?
  • If you are a foreign workers, tell us which country are you from.
    If you are Malaysian employers, please stated your workers' country origin.
  • Please write down the requirements, issue and problem (if any) you encountered and would like to seek professional opinions from us.
    Tell us how do you found us and our website.
  • Please let us know the convenience time to contact you to discuss further.

Share this post