Soalan-soalan Lazim Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0

Soalan-soalan Lazim Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0

1. Apakah itu Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0?
Program Rekalibrasi Tenaga Kerja merupakan suatu program khas untuk meregularisasikan PATI di negara ini sebagai pekerja asing yang sah digajikan oleh majikan yang layak tertakluk kepada syarat-syarat ketat yang diputuskan oleh Kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

2. Siapakah yang layak menyertai Program ini?
KELAYAKAN MAJIKAN
i. Hanya majikan yang sah daripada sektor Perkilangan, Pembinaan, Pertanian, Perladangan, Perlombongan & Pengkuarian, Pengawal Keselamatan (warganegara Nepal (lelaki), Pembantu Rumah Asing (PRA) dan Perkhidmatan;
ii. Sub Sektor Perkhidmatan seperti – Restoran, Pembersihan & Pencucian, Borong & Runcit, Pengendalian Kargo, SPA, Refleksologi, Kedi (Lelaki), Hotel, Resort di Pulau Peranginan, Dobi, Logam/Barang Lusuh dan Gudang Darat;
iii. Sektor Beku adalah – Perniagaan Tekstil, Tukang Emas, Tukang Gunting Rambut, Rumah Kebajikan dan Kitar Semula;
iv. Tertakluk kepada kuota yang diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk Pengawal Keselamatan;
v. Pematuhan kepada syarat-syarat penggajian pekerja asing sedia ada seperti warganegara, jantina, had umur, bayaran levi, kelayakan pas dan sebagainya;
vi. Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam;
vii. Tidak Diisytiharkan muflis dan mempunyai kes yang belum selesai dengan JIM.

Terbuka kepada warga asing seperti berikut:
i. Hanya 15 negara sumber SAHAJA untuk lain-lain sektor (Indonesia, Bangladesh, Thailand, India, Filipina, Kemboja, Laos, Nepal, Myanmar, Sri Lanka, Vietnam, Pakistan, Turkmenistan, Uzbekistan dan Kazakhstan);
ii. Hanya 9 negara sumber SAHAJA untuk Pembantu Rumah Asing PRA (Thailand, Kemboja, Nepal, Laos, Vietnam, Filipina, Sri Lanka, India dan Indonesia);
iii. Untuk pendaftaran PRA melalui Portal RTK 2.0 akan dimaklumkan kemudian;
iv. PATI yang telah melakukan kesalahan pada atau sebelum 31 Disember 2022 dibawah:
v. Seksyen 6(1)(c) iaitu masuk dan tinggal di negara ini tanpa mempunyai pas yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63;
vi. Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63;
vii. Peraturan 39(b) iaitu melanggar syarat pas di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen, 1963;
viii. PATI yang telah mendaftar di dalam Program Rehiring dan Program 6P;
ix. PATI yang mempunyai dokumen perjalanan negara asal yang masih sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan;
x. PATI yang dilaporkan lari oleh majikan dan direkodkan dalam sistem JIM tidak layak menyertai Program RTK 2.0;
xi. Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam;
xii. Kelayakan umur bagi PATI adalah 18 hingga 49 tahun semasa pendaftaran;
xiii. Telah menjalani saringan pemeriksaan kesihatan (FOMEMA) dan diperakui (fit to work);

3. Bilakah jangka masa / tempoh Program ini dilaksanakan?
Program ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023.

4. Adakah program ini melibatkan vendor atau pihak ketiga?
• Program ini dijalankan sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN);

5. Adakah terdapat sektor tertentu yang menghadkan pekerja asing daripada negara sumber untuk menyertai Program ini?
• Pekerja Lelaki dari negara Filipina dibenarkan untuk bekerja di semua sektor manakala pekerja wanita hanya untuk pembantu rumah sahaja;
• Pekerja dari negara Nepal dibenarkan bekerja untuk semua sektor termasuk sektor Kawalan Keselamatan (sebagai Pengawal Keselamatan).

6. Sektor Pembinaan
Manakala untuk kontraktor sektor pembinaan majikan boleh memilih menggunakan perkhidmatan pihak Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) melalui www.clab.com.my atau dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melalui RTK 2.0.

7. Sila rujuk kepada Syarat dan Kriteria Asas bagi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 sebelum membuat pendaftaran di Portal RTK 2.0.
• Sekiranya berlaku kesilapan semasa pendaftaran dalam Portal RTK 2.0, ianya adalah menjadi tanggungjawab majikan.

8. Majikan dinasihatkan agar tidak cuba memperolehi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja secara memberi kenyataan palsu, Permohonan akan DIBATALKAN dan tindakan MAHKAMAH akan ambil dibawah peruntukan Akta Imigresen 1959/63.

English: FAQs’ For Recalibration Program (RTK 2.0) 2023
中文: 重置劳工计划2.0常见问题

Jika anda berminat untuk meregularisasikan PATI sekarang, sila isi butiran hubungan anda di bawah, kami akan menghubungi anda untuk membincangkan lebih lanjut bagaimana kami boleh membantu anda.

Malaysia Foreign Workers Program Recalibration 2.0

Enquiry Form For Malaysia Foreign Workers Program Recalibration 2.0
  • Tell us which industry are you from?
  • Please stated what kind of products & services you are dealing with. ie Manufacturing - Food.
  • Please enter a value between 1 and 999.
    How many foreign workers working in your organization currently?
  • Please enter a value between 1 and 999.
    How many foreign workers working in your organization currently want to register for rehiring program?
  • If you are a foreign workers, tell us which country are you from.
    If you are Malaysian employers, please stated your workers' country origin.
  • Please write down the requirements, issue and problem (if any) you encountered and would like to seek professional opinions from us.
    Tell us how do you found us and our website.
  • Please let us know the convenience time to contact you to discuss further.