Kenyataan Media Tarikh Tamat Pendaftaran Program Penggajian Dan Penempatan Semula Pendatang Tanpa Izin (PATI)
2020-21 Recalibration / Rehiring Program News
Read here 👉 PATI Rehiring / Recalibration Program 非法外劳重聘 / 漂白计划 2020
Program Rehiring Update: Program Penggajian Dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program Rehiring Akan Tamat Pada 30 Jun 2016 (Khamis) 31 December 2017 (Ahad)
- Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program Rehiring yang telah dilaksanakan bermula pada 15 Februari 2016 akan tamat pada 30 Jun 2016 (Khamis). Oleh yang demikian, Kerajaan menyeru agar para majikan menggunakan tempoh masa yang ada untuk menyertai Program Rehiring bagi membolehkan PATI dikeluarkan permit kerja yang sah.
- Berdasarkan penilaian terhadap prestasi Program Rehiring, Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi menambahbaik syarat-syarat dan proses pendaftaran dari semasa ke semasa untuk menarik lebih ramai PATI dan majikan mendaftar.
- Kerajaan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana majikan yang menggaji PATI selaras dengan kesalahan di bawah Seksyen 55(B) Akta Imigresen 1959/ 63 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap pekerja yang diambil. Pada masa yang sama mana-mana majikan yang mengambil pekerja lebih dari lima orang boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang enam bulan tetapi tidak lebih lima tahun dan boleh dikenakan tidak lebih enam sebatan.
Foreign Worker Sumber Berita: KDN Putrajaya Twitter