Program Rehiring dan 3+1 Tamat 31 Disember 2017
2020 Rehiring Program / Illegal Foreign Workers Legalisation News Read here 👉 Malaysia Rehiring Foreign Workers Is Allowed With Conditions
Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (Program Pemutihan PATI) atau ‘Rehiring’ dan Program Serah Diri Sukarela (3+1) akan tamat pada 31 Disember ini dan tidak akan dilanjutkan. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali menasihatkan majikan dan pendatang PATI supaya tidak menunggu di saat-saat akhir untuk mendaftar bagi kedua-dua program berkenaan.
“Saya tegaskan selepas tamat sahaja kedua-dua program ini ia tidak akan dilanjutkan.
“Selepas itu pihak jabatan akan meneruskan operasi dan akan berterusan sama seperti operasi yang sedang berjalan sekarang bagi menangkap PATI dan majikan yang gagal mengikuti program pendaftaran PATI,” katanya selepas majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Imigresen di sini hari ini.
Mustafar seterusnya berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pihak Jabatan Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md. Raus Sharif bagi membincangkan berkaitan hukuman dan pendakwaan terhadap PATI. – UTUSAN ONLINE.
Foreign workers News source: Utusan Malaysia
English version: No Extension For 3 + 1 & Rehiring Programmes After Dec 31 – Malaysia Immigration DG
We are an established manpower recruitment agency located in Kuala Lumpur and can help you to register for Rehiring Program. If you have foreign workers who are not legalise yet and want to register for program rehiring, Please contact us to find out how we can help you.