Kerajaan Malaysia Lancar Pelan Rekalibrasi Untuk Pendatang Asing Bermula 16 Nov 2020

program_rekalibrasi_pati_bernama
program_rekalibrasi_pati_yt

Kerajaan Malaysia Lancar Pelan Rekalibrasi Untuk Pendatang Asing Bermula 16 Nov 2020

Malaysia Government has announced Recalibration program 2.0, please read the latest info here: 
👉 FAQs’ For Recalibration Program (RTK 2.0) 2023

Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (2023), sila baca maklumat terkini di sini:
👉Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (2023)

马来西亚政府宣布重新校准计划 2.0,请在这里阅读最新信息:
👉 重置劳工计划2.0常见问题

Kerajaan Malaysia melancarkan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) merangkumi dua komponen utama

1) Program Rekalibrasi Pulang dan
2) Program Rekalibrasi Tenaga Kerja

yang akan dilaksanakan bermula 16 Nov 2020 hingga 30 Jun 2021 31 Dis 2021 kepada pendatang tanpa izin yang ada di negara ini.

pelan_rekalibrasi_pati_malaysia

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Program Rekalibrasi Pulang merupakan program yang membenarkan PATI untuk pulang ke negara asal secara sukarela tertakluk kepada syarat-syarat tertentu yang ditetapkan.

Program Rekalibrasi Tenaga Kerja pula menjadikan PATI yang ada di negara ini sebagai pekerja asing yang sah, digajikan oleh majikan yang layak, tertakluk kepada syarat ketat yang diputuskan oleh kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, katanya.

“Kita masih membeku kemasukan pekerja asing baharu ke Malaysia dan ia masih diteruskan.

“Pelan ini adalah untuk pendatang tanpa izin dalam negara dan jika mereka ingin bekerja secara sah boleh, dan kalau ingin pulang ke negara asal juga boleh. Kita beri tempoh sehingga 30 Jun 31 Dis 2021,” katanya ketika melancarkan Pelan Rekalibrasi PATI itu di Kementerian Dalam Negeri, di sini hari ini.

Hamzah berkata Pelan Rekalibrasi PATI itu akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen (JIM) dengan kerjasama strategik Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) serta agensi-agensi kerajaan yang lain tanpa penglibatan vendor atau pihak ketiga.

Menerusi pelan itu Hamzah berkata kerajaan dijangka memperoleh kutipan hasil sebanyak RM95 juta daripada kompaun serta bayaran lain yang dikenakan terhadap pendatang tanpa izin dan majikan.

“Dalam landskap ekonomi yang tidak menentu akibat penularan pandemik COVID-19, kerajaan telah membuat timbang tara yang strategik terhadap pelan ini dengan menilai kesan positif serta kesan negatif pelaksanaannya,” katanya.

Pertimbangan turut diberikan dari aspek keperluan untuk mengumpulkan data taburan serta demografi PATI di Malaysia bagi tujuan penguatkuasaan yang menyeluruh seperti digariskan dalam Pelan Holistik Penguatkuasaan PATI yang diperkenalkan kerajaan sejak awal tahun ini.

“Pendataan PATI boleh diselaraskan melalui maklumat yang dikemukakan oleh PATI dan majikan semasa pendaftaran program ini,” katanya.

Hamzah memberi jaminan penawaran program tenaga kerja kepada PATI sedia ada di Malaysia tidak akan menggugat pasaran serta peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat tempatan.

“Peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan adalah terjamin tertakluk kepada dasar penetapan nisbah pekerja tempatan dan pekerja asing yang berkuat kuasa ketika ini,” katanya menambah kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat tempatan bagi mengisi kekosongan tenaga kerja dalam semua sektor ekonomi.

malaysia_rekalibrasi_pati_program

Menjelas lanjut, Hamzah berkata empat sektor iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan dan pertanian dibenarkan mengambil pendatang tanpa izin untuk bekerja dalam tempoh pelaksanaan Pelan Rekalibrasi PATI.

“Buat masa ini, hanya majikan yang beroperasi dalam empat sektor yang bersifat 3D iaitu dangerous, difficult dan dirty (kotor, bahaya dan sukar) dibenarkan untuk mengambil PATI sebagai pekerja,” katanya sambil menambah pelan itu hanya untuk PATI dari 15 negara sumber seperti Thailand, Kemboja, Nepal, Myanmar dan Bangladesh.

Hamzah berkata satu Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Pelan Rekalibrasi PTI telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Jawatankuasa itu dianggotai oleh pelbagai agensi seperti Kementerian Sumber Manusia (KSM), JIM, JTKSM serta beberapa agensi berkaitan yang berperanan untuk memantau dan mengawal selia pelaksanaan Pelan Rekalibrasi PATI.

pelan_rekalibrasi_pati_malaysia

Jawatankuasa Khas bagi membincangkan hal ehwal pekerja asing yang dipengerusikan bersama antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia pula akan bermesyuarat setiap tiga bulan, katanya.

Jawatankuasa Khas peringkat menteri itu turut membincangkan keperluan untuk meluaskan Pelan Rekalibrasi PATI kepada sektor-sektor lain kelak dan dasar berkaitan ekspatriat. Mesyuarat pertama jawatankuasa ini dijadualkan pada 3 Dis 2020, katanya. 

KDN dan KSM bersetuju untuk mengintegrasi dan berkongsi data bagi menguruskan hal ehwal pekerja asing termasuklah penyeragaman pembayaran gaji melalui satu system e-wages yang sama dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa khas peringkat menteri akan datang, katanya.

“Majikan wajar mengambil peluang pelaksanaan pelan ini untuk mendaftarkan PATI sedia ada di negara ini sebagai sumber tenaga kerja di semua sektor ekonomi yang terlibat,” kata Hamzah.

Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud.

English: Malaysia Government Launch Illegal Immigrant Recalibration Plan (Rehiring Program / Legalisation Program) From Nov 16 2020

中文: 2020年11月16日至2021年6月30日遣返或漂白非法外劳

Sumber Berita & Gambar: BERNAMA

Malaysia Foreign Workers Rehiring is launching soon started from 16 November 2020, please fill up the form below and we will notify you when the program is available. You have missed 6P program in 2011 and rehiring program in 2014, this could be your last time to legalised your foreign workers. Don’t miss this opportunity!

Malaysia Foreign Workers Program Recalibration 2.0

Enquiry Form For Malaysia Foreign Workers Program Recalibration 2.0
  • Tell us which industry are you from?
  • Please stated what kind of products & services you are dealing with. ie Manufacturing - Food.
  • Please enter a value between 1 and 999.
    How many foreign workers working in your organization currently?
  • Please enter a value between 1 and 999.
    How many foreign workers working in your organization currently want to register for rehiring program?
  • If you are a foreign workers, tell us which country are you from.
    If you are Malaysian employers, please stated your workers' country origin.
  • Please write down the requirements, issue and problem (if any) you encountered and would like to seek professional opinions from us.
    Tell us how do you found us and our website.
  • Please let us know the convenience time to contact you to discuss further.

Share this post