Program E-KAD Sementara Pekerja Asing – FAQs

foreign-worker-e-card_sample

Program E-KAD Sementara Pekerja Asing – FAQs

2020-21 Recalibration / Rehiring Program News
Read here 👉 PATI Rehiring / Recalibration Program 非法外劳重聘 / 漂白计划 2020

Important Notice: E-Kad (E-card) is official closed on 30th June, 2017 and there is no more extension. Right now can only register for Rehiring program and legalise your workers.

Rehiring Program is for those who fulfilled the following requirement:

  • Age between 18 – 44
  • Posses Valid Passport For 2 years
  • Posses Valid Entry Record, last entry/arrival date before 1st March 2016, if your workers arrived after this date, please contact us for more info
  • Former / expired work permit (general & professional) under another company
  • Former / expired student visa permit
  • No Blacklisted record
  • No “Lari majikan” report / Run away from employer record
  • No Fomema (medical) unfit record

You can register for Rehiring program and get the Rehiring certificate in one (1) week time. Your workers can start work as soon as gotten rehiring certificate.

Contact us at +6019-355 6680 (Steve), +6017-6688 332 (Mang) to find out how.

Program E-KAD Sementara Pekerja Asing – Frequently Asked Questions (FAQs)

  1. Apakah itu Program E-Kad Sementara Pekerja Asing?

Merupakan suatu inisiafif yang dilancarkan oleh Kerajaan bertujuan untuk member peluang kepada PATI tanpa dokumen perjalanan yang sah dan bekerja secara haram di Malaysia diberikan kad kebenaran bekerja sementara bagi memenuhi sector FORMAL yang dibenarkan.

Program ini turut dirangka untuk memenuhi permintaan majikan untuk mengisi keperluan tenaga kerja di sektor pekerjaan yang dibenarkan sahaja serta membolehkan Kerajaan mengetahui jumlah PATI dalam Negara bagi tujuan pemantauan dan memenuhi keperluan senario keselamatan semasa.

Majikan dan PATI yang telah didaftarkan seterusnya perlu mendapatkan dokumen (Pasport) daripada pihak kedutaan yang berkenaan bagi membolehkan PATI tersebut diputihkan melalui program ini.

  1. Apakah perbezaan antara Program Rehiring dengan Program E-Kad Sementara Pekerja Asing?

Program E-Kad ini khas untuk PATI tanpa dokumen perjalanan yang sah dan bekerja secara haram di Malaysia. Ia merupakan kaedah tapisan awal kepada majikan dan PATI tanpa dokumen bagi membolehkan kelulusan bersyarat diberi secara terus kepada PATI untuk mendapatkan dokumen yang sah. Seterusnya majikan dan PATI terlibat memohon PLKS secara terus di Jabatan Imigresen Malaysia.

  1. Bilakah jangka masa/ tempoh Program ini dilaksanakan?

Selaras dengan pengumuman YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri semasa Mesyuarat JKKPA PATI Bil. 1/2017 bertarikh 17 Januari 2017 yang Ialu serta kenyataan Media daripada Ketua Pengarah Imigresen Malaysia pada 20 Januari 2017, program ini akan dimulakan pada 15 Februari 2017 sehingga 30 Jun 2017.

  1. Berapa Iamakah temph sah Iaku E-Kad Sementara Pekerja Asing?

E-Kad Sementara Pekerja Asing yang dikeluarkan semasa program ini berlangsung hanya sah diperlakukan sehingga 15 Februari 2018 sahaja.

  1. PATI dari negara manakah yang layak menyertai Program E-Kad?

Selaras matlamat bagi mengisi keperluan pekerja kategori separa mahir yang diperlukan oleh industri, Program hanya dibuka kepada PATI dari 15 negara sumber pekerja asing sahaja iaitu Bangladesh, Filipina, India, Indonesia, Kazakhstan, Kemboja, Laos, Myanmar, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Thailand, Turkmenistan, Uzbekistan dan Vietnam.

  1. Apakah syarat-syarat utama E-Kad Sementara Pekerja Asing?

Antara syarat-syarat utama adalah:

  • mempunyai Majikan
  • bebas daripada sebarang rekod jenayah.
  • Lulus pemeriksaan kesihatan ; dan
  • Tidak tersenarai dalam senarai syak jabatan

Selain itu, pelaksanaan E-Kad Sementara Pekerja Asing adalah tertakluk kepada sektor berikut:

  1. Perkilangan
  2. Pembinaan
  3. Perladangan
  4. Pertanian
  5. Perkhidmatan:
  • Restoran (T ukang Masak)
  • Pembersihan/Pencucian
  • Pulau Peranginan
  • Spa
  • Refleksologi
  • Hotel
  • Kedi (Lelaki sahaja)
  • Taman Tema
  • Dobi
  • Tukang Gunting Rambut
  • Perniagaan Borong & Runcit
  • Perniagaan Tekstil
  • Tukang Emas
  • Rumah Kebajikan
  • Pekerja am di Bengkel
  • Pekerja am di Tempat Cuci Kereta
  • Pekerja am di Pasar (bukan frontliner)
  • Pekerja am di Kedai Serbaneka, Stesen Minyak (bukan frontliner)
  • Pekerja am di Hypermarket
  • Perlombongan
  • Hutan Kayu bakau / Hutan Kayu Balak
  • Gudang
  • Kargo

Keputusan muktamad ke atas permohonan bagi E-Kad Sementara Pekerja Asing adalah terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia.

  1. Apakah jantina Pekerja Asing dan Sektor Yang dibenarkan untuk bekerja bagi program E-Kad Sementara Pekerja Asing?

Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

e-card_sektor_e-card_sector

  1. Adakah Program ini dilaksanakan di seluruh negara?

Program ini dilaksanakan di Semenanjung Malaysia sahaja, tidak termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

  1. Siapakah yang perlu mendaftar bagi program ini?

Majikan yang mempunyai Pekerja Asing yang tidak mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah.

  1. Adakah tanggungan PATI juga boleh didaftarkan?

Tidak boleh didaftarkan mengikut dasar pekerja asing sedia ada. Namun demikian, tanggungan PATI perlu hadir di mana-mana Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen terdekat untuk proses  penghantaran pulang ke negara asal melalui Program (3+1).

  1. Adakah pemegang kad UNHCR boleh mendaftar?

Pelarian yang memegang kad UNHCR tidak boleh mendaftar dalam program ini.

  1. Bagaimanakah permohonan bagi Program ini dibuat?

Pendaftaran boleh dibuat di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan di semua pejabat Imigresen Negeri mulai 15 Februari 2017 ini.

  1. Berapakah kos yang perlu dibayar bagi Program ini?

Kad ini diberikan secara PERCUMA dan tiada kos pendaftaran dikenakan.

  1. Adakah Program ini akan menggugat keeelamatan dan ketenteraman awam Negara?

Pelaksanaan program ini akan dilakukan dengan berhati-hati dan terkawal supaya tidak berlaku kes-kes penipuan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada PATI. Bagi tujuan ini, Kerajaan mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap PATI dan Majikan untuk menyertai Program ini serta akan memastikan mana-mana PATI yang tidak Iayak akan dihantar pulang ke Negara asal mengikut prosedur sedia ada iaitu Program 3 +1 bagi memastikan pengurangan lambakan PATI dalam Negara.

  1. Apakah bentuk hukuman yang akan dikenakan jika Majikan masih menggaji PATI secara haram meskipun PATI itu Iayak menyertai Program ini?

Mana-mana Majikan yang didapati menggaji PATI tanpa berdaftar dibawah apa-apa Program yang berkuatkuasa sekarang ini akan dikenakan hukuman yang berat mengikut perundangan sedia ada melibatkan kesalahan menggaji PATI iaitu seperti mana tertakluk di bawah seksyen 55 (B) Akta Imigresen 1959/63 yang mengenakan hukuman denda tidak kurang RM 10,000 tetapi tidak Iebih RM 50,000 atau penjara tidak Iebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

 

DATO’ SRI HAJI MUSTAFAR BIN HAJI ALI
KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA
13 FEBRUARI 2017

Source: Immigresen

We are an established manpower recruitment agency located in Kuala Lumpur and can help you to solve your issuing in Malaysia E-Kad program. If you have foreign workers who are not legalise yet and want to register E-Kad, Please contact us to find out how we can help you to register your illegal foreign workers for E-Card (E-Kad) program.

Malaysia Foreign Workers E-Card (E-Kad) Program

Enquiry Form For Malaysia Foreign Workers E-Card (E-Kad) Program
  • Tell us which industry are you from?
  • Please stated what kind of products & services you are dealing with. ie Manufacturing - Food.
  • If you are a foreign workers, tell us which country are you from.
    If you are Malaysian employers, please stated your workers' country origin.
  • What is your current no. of workers in your company
  • How many new workers you intend to hire
  • Please write down the requirements, issue and problem (if any) you encountered and would like to seek professional opinions from us.
    Tell us how do you found us and our website.
  • Please let us know the convenience time to contact you to discuss further.

Recommended reading: Window Film Malaysia for safety & home protection.

Share this post