Pelaksanaan Program Penggajian Dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) – Rehiring Program

malaysia_rehiring_program_pati_press_release

Pelaksanaan Program Penggajian Dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) – Rehiring Program

2020 Rehiring Program / Illegal Foreign Workers Legalisation News Read here 👉 Malaysia Rehiring Foreign Workers Is Allowed With Conditions

Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atau Program Rehiring akan dilaksanakan bermula pada 15 Februari 2016 hingga 31 Disember 2016.

KENYATAAN MEDIA
PELAKSANAAN PROGRAM PENGGAJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA
PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) (PROGRAM REHIRING)
13 FEBRUARI 2016

1. Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI atau Program Rehiring akan dilaksanakan bermula pada 15 Februari 2016 hingga 31 Disember 2016.

2. Program Rehiring adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan. Selain itu, program ini turut dirangka untuk memenuhi permintaan majikan untuk mengisi keperluan pekerja di sektor pekerjaan yang dibenarkan sahaja serta membolehkan Kerajaan mengetahui jumlah PATI dalam Negara bagi tujuan pemantauan dan memenuhi keperluan senario keselamatan semasa.

3. Program Rehiring akan dilakukan secara atas talian dimana sepanjang tempoh tiga bulan pertama, ianya akan dinilai dari aspek keberkesanannya termasuk elemen nilai tambah yang wajar dikemaskini demi memastikan kelancaran pelaksanaan Program tersebut bagi tempoh seterusnya.

4. Program Rehiring akan dilakukan dengan berhati-hati dan terkawal supaya tidak berlaku kes-kes penipuan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada PATI. Bagi tujuan ini, Kerajaan mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap PATI dan Majikan untuk menyertai Program Rehiring serta akan memastikan mana-mana PATI yang tidak layak akan dihantar pulang ke Negara asal mengikut prosedur sedia ada bagi memastikan pengurangan lambakan PATI dalam Negara.

5. Mana-mana Majikan yang didapati menggaji PATI tanpa berdaftar dibawah Program Rehiring akan dikenakan hukuman yang berat mengikut perundangan sedia ada melibatkan kesalahan menggaji PATI.

6. Antara syarat-syarat utama Program Rehiring adalah PATI perlu mempunyai rekod kemasukan asal secara teratur ke Malaysia, mempunyai Majikan yang berkaitan serta bebas daripada sebarang rekod jenayah. Selain itu, pelaksanaan Program Rehiring adalah tertakluk kepada sektor yang dibenarkan sahaja serta tidak termasuk sektor luar dasar atau sektor yang dibekukan oleh Kerajaan.

7. Permohonan bagi Program Rehiring oleh Majikan dan PATI boleh dilakukan secara atas talian.

8. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Rehiring boleh dirujuk kepada Bilik Gerakan JIM.

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Putrajaya
13 Februari 2016

Sumber Berita: Kementerian Dalam Negeri

PATI / Program Rehiring FAQs’

Pendaftaran Online Untuk Pelaksanaan Program Penggaji Dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Di Malaysia / Rehiring Program akan dibuka pada 15 Februari 2016. Untuk sebarang ketanyaan, sila isikan borong pertanyaan di bawah ini dan kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin.

Malaysia Foreign Workers Program Recalibration 2.0

Enquiry Form For Malaysia Foreign Workers Program Recalibration 2.0
  • Tell us which industry are you from?
  • Please stated what kind of products & services you are dealing with. ie Manufacturing - Food.
  • Please enter a value between 1 and 999.
    How many foreign workers working in your organization currently?
  • Please enter a value between 1 and 999.
    How many foreign workers working in your organization currently want to register for rehiring program?
  • If you are a foreign workers, tell us which country are you from.
    If you are Malaysian employers, please stated your workers' country origin.
  • Please write down the requirements, issue and problem (if any) you encountered and would like to seek professional opinions from us.
    Tell us how do you found us and our website.
  • Please let us know the convenience time to contact you to discuss further.

Share this post