Program Penggajian Dan Penempatan PATI Bermula 15 Februari Ini
2020-21 Recalibration / Rehiring Program News
Read here 👉 PATI Rehiring / Recalibration Program 非法外劳重聘 / 漂白计划 2020
Kementerian Dalam Negeri akan melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) selama tiga bulan bermula 15 Februari ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu diputuskan selepas mengambil kira pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada minggu lalu.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, program tersebut akan dilaksanakan secara dalam talian bagi memudahkan urusan majikan dalam semua sektor di seluruh negara.
“Program ini bertujuan memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di negara ini untuk diberikan permit kerja yang sah.
“Program itu juga dilaksanakan bagi memenuhi permintaan industri serta membolehkan kerajaan mengetahui jumlah sebenar PATI di negara ini untuk tujuan pemantauan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat 2016 kepada warga kementerian tersebut di sini hari ini.
Sumber Berita: UTUSAN ONLINE
Pendaftaran Online Pekerja Asing Tanpa Dokumen (PATI) program akan dibuka pada 15 Februari 2016. Untuk sebarang ketanyaan, sila isikan borong pertanyaan di bawah ini dan kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin.