13,795 PATI Ditahan Imigresen

13,795 PATI Ditahan Imigresen

Seramai 13,795 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam siri operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di seluruh negara sejak Januari sehingga 21 Mac lalu.

pati ditahan

Jabatan Imigresen memperhebatkan operasi penguatkuasaan bersepadu terhadap golongan PATI di seluruh negara. Gambar sumber: Kosmos

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Sakib Kusmi berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 2,613 operasi dijalankan di pelbagai lokasi seperti di kawasan rumah kongsi, tapak pembinaan dan premis perniagaan.

Menurut beliau, pasukannya telah memeriksa seramai 46,189 warga asing dan menahan 13,795 daripada mereka kerana me­lakukan pelbagai kesalahan.

Daripada jumlah itu, Sabah merupakan negeri yang pa­ling ramai PATI ditahan iaitu seramai 2,107 orang dan diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,895), Johor (1,867), Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,620), Melaka (1,064) dan selebihnya di negeri-negeri lain.

“Semua mereka ini ditahan dalam operasi berjadual Jabatan Imigresen termasuk juga serbuan berdasarkan aduan orang ramai.

“Antara kesalahan yang sering dilakukan ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dokumen palsu dan pemegang kad yang tidak diiktiraf serta lain-lain kesalahan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sumber Berita: Kosmos

Pendaftaran Online Untuk Pelaksanaan Program Penggaji Dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Di Malaysia / Rehiring Program telah dibuka pada 15 Februari 2016. Untuk sebarang ketanyaan, sila isikan borong pertanyaan di bawah ini dan kami akan menghubungi anda secepat yang mungkin.

Malaysia Foreign Workers Program Recalibration 2.0

Enquiry Form For Malaysia Foreign Workers Program Recalibration 2.0
  • Tell us which industry are you from?
  • Please stated what kind of products & services you are dealing with. ie Manufacturing - Food.
  • Please enter a value between 1 and 999.
    How many foreign workers working in your organization currently?
  • Please enter a value between 1 and 999.
    How many foreign workers working in your organization currently want to register for rehiring program?
  • If you are a foreign workers, tell us which country are you from.
    If you are Malaysian employers, please stated your workers' country origin.
  • Please write down the requirements, issue and problem (if any) you encountered and would like to seek professional opinions from us.
    Tell us how do you found us and our website.
  • Please let us know the convenience time to contact you to discuss further.

Share this post